Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

SUKAN TOMOI

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Pohon pandangan mengenai sukan tomoi.

Jawapan:

Bagi menjelaskan persoalan yang dikemukan, saya kemukakan jawapannya adalah seperti berikut;-

Pada dasarnya, bersukan itu menjadi salah satu tuntutan dalam ajaran Islam. Sukan diperlukan untuk menjaga kesihatan terutamanya fizikal dan mental. Selain dari itu, bersukan seperti silat adalah untuk mempertahankan diri juga dituntut oleh Islam.

Apa yang menjadi persoalan secara khusus ialah mengenai sukan tomoi. Sukan ini dapat dinyatakan seperti berikut;-

a)    Sukan tomoi yang dipelajari dan diamalkan bagi tujuan menjaga kesihatan tubuh badan, akal fikiran dan sebagai alat menjaga, mengawal diri yang tidak membawa kepada kemudaratan dengan mematuhi akhlak dan syariat Islam adalah harus.

b)    Sukan tomoi yang dipelajari dan diamalkan bercanggah dengan syariat dan akhlak Islam seperti menyertai pertandingan yang melibatkan perjudian, pertaruhan yang membawa kemudaratan tubuh badan, akal fikiran yang boleh membawa kepada perkelahian, permusuhan, dendam, sombong, angkuh, takbur dan seumpamanya adalah haram.

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN
NOTIS HAK CIPTA
© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search