Ahad - Khamis: 8:00 - 17:00
Jumaat-Sabtu Tutup
(+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
Telefon
(+609) 747 8170
Faksimili

MENYERUPAI ORANG KAFIR

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Bagaimankah hukum menyerupai orang kafir?

Jawapan:

Haram seseorang Islam menyerupai orang-orang bukan Islam pada upacara dan istiadat keagamaan dan kebudayaan dan pada segalanya, dan termasuklah memakai pakaian yang khas dengan mereka.

Sesetengah kitab feqah karangan ulama sebelum daripada zaman kita sekarang ada menyebut sebagai buat seperti  bagi pakaian yang khas dengan orang bukan Islam itu seperti tali leher katanya.

Ya, memang benar haram memakai tali leher pada zaman itu, kerana pada zaman itu tali leher adalah suatu pakaian yang khas dengan orang-orang bukan Islam, tetapi buat masa sekarang tali leher (naptai) telah menjadi pakaian antarabangsa, seperti keadaan baju kemeja, baju kot dan sebagainya, maka apabila begitu tidaklah haram.

Mustahak diingati bahawa perkara haram ada dua bahagian, satunya haram kerana dirinya seperti perbuatan mencuri, menipu, perzinaan, perkara-perkara ini tidak berubah keharamannya, terus haram sampai bila-bila pun. Keduanya haram kerana sebab luar seperti kerana menyerupai dengan orang-orang hukan Islam dan perkara-perkara ini boleh berubah keharamannya apabila berubah sebabnya, apabila sudah tidak jadi menyerupai dengan sebab itu maka tidaklah haram lagi.

logo-kecik-2.png
SYARIAT DI JUNJUNG

Jabatan Mufti Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 7482023/ 74822024/ 7482025
F (+609) 747 8170

Web: www.mufti.kelantan.gov.my
Email: jabmufti@kelantan.gov.my

PENSIJILAN

PENAFIAN
Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
DASAR PRIVASI
DASAR KESELAMATAN
NOTIS HAK CIPTA
© Copyright 2019 Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search